Kes saman Kit Siang, Apandi menangis di kamar mahkamah

Kes saman Kit Siang, Apandi menangis di kamar mahkamah

Kes saman Kit Siang, Apandi menangis di kamar mahkamah

Mohamed Apandi Ali gagal mengawal perasaan dan menangis ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes saman beliau terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam satu artikel berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi hari ini.

Babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M.Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan hakim Azimah Omar berhubung tempoh beliau menyandang jawatan peguam negara (AG) dari 2015 hingga 2018.

Soalan itu berkisar tentang artikel berita asing berhubung skandal tersebut yang dibangkitkan peguam Lim semalam dan Apandi berkata ia adalah laporan berita The New York Times dan ditulis sejurus selepas sidang akhbarnya pada 26 Januari 2016.

Sebagai AG, Mohamed Apandi memikul dua tangggungjawab iaitu sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pendakwa raya, jadi beliau tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar tempatan atau luar negara.

“Sebagai pendakwa raya, terdapat beribu-ribu kertas siasatan di seluruh negara yang perlu saya teliti sebelum diagihkan kepada pegawai di negeri terbabit kecuali kes berprofil tinggi, saya begitu sibuk. Saya juga tidak dapat mengambil cuti kerana ini bukan satu tugas yang mudah. Ia sememangnya satu tanggungjawab yang amat berat dan telah menyebabkan kesihatan saya terjejas.

“Saya kini menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan tekanan,” katanya.

Mohamed Apandi berkata beliau dilantik sebagai AG pada usia 65 tahun dan tidak memiliki jumlah tahun perkhidmatan yang mencukupi untuk menerima pencen penuh.

“Itulah pengorbanan yang saya lakukan apabila saya diberi tugas sebagai AG dan jawatan AG bukan jawatan yang berpencen. Ia adalah jawatan kontrak.

“Terima kasih kerana membenarkan saya meluahkan semua ini. Saya pendam perkara ini, orang ramai mengutuk saya. Saya minta maaf, saya tak dapat teruskan,” kata beliau dengan air mata bercucuran di pipi sambil ditenangkan peguamnya.

Mohamed Apandi juga memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak pernah meminta atau melobi untuk menjadi AG.

“Ketika itu saya berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak sabar untuk bersara apabila secara tiba-tiba saya dilantik sebagai AG,” katanya.

Mahkamah kemudian berehat selama sejam sebelum Mohamed Apandi meneruskan keterangannya.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.

Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tikda beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.

Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.

Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita penuh : https://www.malaysianow.com/berita/2021/04/07/apandi-ali-gagal-kawal-emosi-menangis-di-kamar-mahkamah/

Muhyiddin akui kerajaan sudah tak ada banyak wang

Muhyiddin akui kerajaan sudah tak ada banyak wang

Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

“Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that’s big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar),” katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya.

“Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,”katanya.

Perdana menteri juga mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Majlis Gurdwara Malaysia bagi membina pusat Sikh.

Pada Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baru yang digelar Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelbagai pakej rangsangan, iaitu Prihatin bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin (RM10 bilion), Penjana (RM35 bilion), Kita Prihatin (RM10 bilion) dan Permai (RM15 bilion).

Sementara itu, Muhyiddin berharap rakyat Malaysia dapat mengenal sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa dasar Perikatan Nasional sangat berlandaskan prinsip hormat, inklusif dan keadilan.

“Oleh itu, penting bagi kita untuk saling mengenal dan memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain,” katanya.

Perdana menteri berkata sikap dan tingkah laku yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan kecurigaan di kalangan rakyat harus diketepikan.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/570438

‘Buang saja menteri, duta bertaraf menteri yang makan elaun buta’

Rata-rata rakyat Malaysia menyarankan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘membuang’ menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai tetapi tidak berguna.

Kecaman warganet itu ekoran pengakuan Perdana Menteri bahawa negara sudah tidak mempunyai banyak wang.

Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan wang bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Sehubungan itu, ramai yang mengaitkan pembaziran banyak wang negara akibat saiz XXL
Kabinet Muhyiddin dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri iaitu 70 orang keseluruhannya termasuk Perdana Menteri.

Malah, barisan Kabinet yang diumum Muhyiddin pada 9 Mac 2020 menyaksikan ada kementerian ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditugaskan kepada seorang menteri sudah dipecahkan kepada tiga.

“Buang saja Menteri dan Duta bertaraf Menteri yang makan elaun buta. Membazir duit rakyat saja,” selar pengguna Facebook, Saili Ismail.

Hal sama ditegaskan Zaha Dzul yang berpendapat peruntukan untuk membantu rakyat berdepan Covid-19 tidak seberapa jika dibandingkan belanja bagi menampung gaji puluhan ribu ringgit bagi seorang menteri.

“Menteri terlalu ramai dengan gaji puluhan ribu tapi tidak buat kerja. Itu sebab duit kerajaan makin susut. Bantu rakyat dan menghadapi Covid-19 itu tidak seberapa pun.

“Kalau sudah tak mampu nak uruskan kewangan negara berhenti saja jadi PM dan kerajaan bagi kepada mereka yang mampu mentadbir serta menguruskan kewangan negara,” sarannya.

Kerja bermatian

Sementara itu, Chew Kok Ming menganggap rakyat biasa yang terpaksa berhempas pulas mengumpul pendapatan berbanding menteri PN yang dilihat tidak membawa ramai pelabur ke negara ini.

“Bukan ada menteri dah bawa ramai pelabur? Apa mereka buat di luar negara? Semua boleh pergi cuti di luar.

“Yang tidak pergi cuti, tidur di rumah dengan gaji buta. Kita rakyat Malaysia yang kerja mati-mati untuk cari rezeki keluarga,” luahnya.

Untuk rekod, PN dengan banyak jawatan perlu diberi kepada parti komponen kerajaan turut menyaksikan tiga menteri memegang portfolio hampir sama sekali gus lebih tinggi kos ditanggung Putrajaya.

Tidak hairanlah, pernah dilapor kerajaan PN dengan Kabinet bersaiz besar itu perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun berbanding zaman PH kira-kira RM7.4 juta setahun.

Angka itu belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang disediakan seperti keraian dan rumah.

Oleh sebab itu, warganet terutama pengguna Facebook ‘menyerang’ kerajaan PN yang lebih banyak membuang duit kepada menteri-menteri yang sebahagiannya tidak buat kerja yang sepatutnya.

“Kerajaan bayar gaji menteri tidak ada fungsi pun sudah lebih 70 orang. Ada yang tidur. Ada yang bercuti.

“Ada yang tidak buat apa-apa pun tapi taraf menteri terutama sekali parti Islam yang kenyang makan habis keliling. Takdirrr,” seloroh Daniel Akmal.

Turut berkongsikan pandangan, Athar Ali yang menulis, “Sudah tahu tak ada wang, mengapa lantik menteri-menteri Kabinet paling ramai dalam dunia?”

Logo capal di kepala langgar fitrah insani, kata mufti

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang mengingatkan lakaran atau logo capal di kepala melanggar norma fitrah insani.

Beliau menegaskan kepala manusia adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.

“Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah insani.

“Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah,” lapor BH.

Syeikh Fadzil berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat, namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.

Jelasnya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.

“Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.

“Ini pula hanyalah sekadar lakaran dan logo dan ia tidaklah seperti tabarruk yang dilakukan oleh sahabat Baginda,” tambahnya lagi.

TURKI MAMPU MEMBINA JET PEJUANG F 35 AMERIKA DALAM MASA SEBULAN

تركيا تصدم واشنطن: بإمكاننا تصنيع مقاتلات “إف 35” خلال شهر واحد وصدمة اخرى تلاحق المقاتلة الامريكية ما عليك سوى الانتساب إلى هذه القناة للاستفادة من المزايا: https://www.youtube.com/channel/UCebE…​ لا تنسو اللايك والاشتراك وتفعيل زر الجرس ليصلكم كل جديد وشكرا انضمو لمجموعة تلغرام : https://t.me/News1Today​ للدعم يمكنكم ذلك من خلال بايي بال باي بال لدعم القناة 💲⬇️ paypal.me/kafanet للدعم يمكنكم ذلك في حال قمتم بشراء منتجاتكم من امازون من خلال الرابط : https://amzn.to/2GaALu8#تركيا

PEGUAM TERLIBAT PENGGUBAHAN WANG HARAM BERNILAI RM6.5 JUTA

Seorang peguam didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM6.5 juta di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Pathmarajah Mylvaganam, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon kes dibicarakan. Beliau menghadapi sembilan pertuduhan yang kesemuanya dibacakan secara satu persatu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sesyen Datin Sabariah Othman dan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ketiga, Pathmarajah didakwa telah menerima wang berjumlah keseluruhan RM6,536,600 iaitu RM3,735,200, RM640,070 dan RM2,161,330 dalam bentuk cek secara berasingan daripada Tetuan Tan Bee Kim & Partners hasil aktiviti haram ke dalam akaun semasa Malayan Bangking Berhad milik firma guaman Tetuan Mazwan Pathma &Co sebagai rakan kongsi firma guaman tersebut. MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit http://www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more http://www.malaysiagazette.com #malaysiagazette#mgtv

Rasuah Busters bukan satu gerakan main-main tetapi ia adalah gerakan sangat menyentuh akar umbi…

Ini serius, bukan main-main

Realitinya memerangi rasuah adalah satu cabaran besar kerana ia satu proses untuk menyerang semua institusi dan agensi yang terlibat dengan ‘tangan besi’ bagi menyingkirkan pandemik ganas yang merebak dalam sesebuah entiti. 

Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi memerlukan jangka waktu yang panjang, menitiskan ilmu dan kesedaran sebagaimana kata Ketua Sekretariat Rasuah Busters Sinar, Puan Nurhayati Nordin. Beliau berkata demikian ketika sesi Sidang Media Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBusters yang diadakan pada 5 April 2021, baru-baru ini di Karangkraf.

Kembalikan nilai integriti negara

Terdapat juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa perjuangan Rasuah Busters ini adalah satu retorik cuma, kerana sudah berpuluh tahun kempen atau gerakan seperti ini  dilaksanakan, seakan-akan tidak nampak kesannya.

Puan Nurhayati berkata gerakan rakyat demi rakyat ini bukanlah ingin meletakkan tanggungjawab itu kepada SPRM semata-mata, bukan juga kepada mana-mana badan integriti dan tidak juga kepada Rasuah Busters saja.

“Tetapi semuanya bermula daripada neukles yang kecil, daripada institusi diri kita sendiri membawa kepada keluarga, komuniti dan masyarakat. Itulah perbezaan gerakan Rasuah Busters dengan yang lain.”

Tentunya Rasuah Busters adalah satu platform memperjuangkan dan menghapuskan gejala rasuah, yang mana ia menjadi sebuah ejen yang membantu memelihara integriti negara ini agar ia dapat dikembalikan semula.

Jika telah dilakukan 60 tahun lalu

Terdapat lima etika yang perlu dipraktikkan oleh setiap Rasuah Busters iaitu:

1. Mercy and competency

2. Tidak mempunyai judgemental

3. Niat tidak menghalalkan cara

4. Menggunakan kata-kata yang positif

5. Kebijaksanaan untuk memaafkan dan memberikan syarat-syarat tertentu

“Ini adalah lima perkara yang disasarkan kepada kita, media dan sebagainya kerana kita tidak mahu mengikut budaya sebelum ini, yang apabila berlaku perlakuan rasuah, sama ada pada diri kita, keluarga atau syarikat, kita melenting, marah.”

Tegas beliau, jika marah itu telah berjaya dilakukan pada 60 tahun yang lalu, negara ini tentunya sudah berjaya membanteras perlakuan jahat ini iaitu rasuah.

“Saya tegaskan hari ini, saya ingin berkongsi dengan semua. Kita mempunyai peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan tadi, ekosistem kita hendak bentuk bermula dalam diri kita sendiri, membawa kepada keluarga, komuniti. Ini adalah budaya yang sudah diserapkan, sudah diterima masuk ke dalam diri dan organisasi. Jadi apa yang patut kita lakukan?”

Pentingnya kesedaran

Beliau menegaskan bahawa awareness (kesedaran) ini sangat penting. Puan Nurhayati menambah, pendekatan yang Rasuah Busters amalkan ialah pendekatan yang bijaksana dan bukan dilakukan sendirian.

“Sebagaimana kami mulakan kempen Rasuah Busters ini dengan ‘Mak kata Jangan.’ Dan ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa dengan ‘Mak kata jangan’?” soalnya kepada hadirin. Satu tanggungjawab peribadi perlu diterapkan, mengapa rasuah ini perlu dibanteras?

Dalam pada itu, Rasuah Busters juga tidak menafikan mana-mana usaha dan tanggungjawab yang sedang diusahakan serta dilakukan oleh pelbagai pihak, kerajaan dan bukan kerajaan bagi menangani isu ini.

Selain itu, terdapat maklum balas daripada pelbagai pihak, kenapa Rasuah Busters tidak terus menterjemahkan rasuah kepada isu yang menyentuh agama? Namun, sebenarnya ada sesuatu yang sangat menyentuh seseorang itu sekalipun dirinya tidak mempunyai kepercayaan agama.

“Kita lahir dari seorang ibu. Ibu adalah entiti juga yang akan membawa kebebasan negara ini daripada rasuah dan anak yang dilahirkan oleh ibu, mendengar segala pesanan ibu, mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan rasuah. Adakah sanggup setiap daripada kita, media yang hadir hari ini, balik dan menyuapkan najis ke mulut anak, najis rasuah?” soalnya tegas.

Itulah yang perlu diketengahkan, kerana awareness (kesedaran) ini kalau tidak digerakkan walaupun semua orang ingin membuat perubahan, reformation of structure system dalam negara ini, tiada awareness, tidak memasukkan system value, ini semua akan menjadi sia-sia.

Gerakan menyentuh akar umbi

Rasuah Busters membawakan bersama coalition of the willing dan mereka yang sudi bergabung, yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya membanteras rasuah, untuk menjalankan apa sahaja tanggungjawab di bawah kapasiti masing-masing. 

Gerakan ini berada bersama korporat dan mereka juga bergerak mengikut tangga-tangga yang ditentukan. Walaupun individu, tangga tersebut tetap dipatuhi.

“Kerana kalau terus sahaja, kita bukan menitiskan air di pokok tetapi kita mencurahkan. Bila mencurahkan, tentunya pokok pun boleh mati.”

Rasuah Busters memiliki caranya yang khusus bagaimana team research Pasukan Teras Rasuah Busters bersama, memberi maklum balas strategik kepada pasukan.

“Kita duduk dengan melihat feedback daripada media, daripada publik, daripada korporat, daripada badan bukan kerajaan, daripada kerajaan sendiri, apa yang harus kita lakukan dalam usaha menaiki tangga, fasa-fasa tersebut.”

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan bahawa Rasuah Busters bukan satu gerakan main-main tetapi ia adalah gerakan sangat menyentuh akar umbi, yang melalui proses human system dan juga system mechanism yang perlu diperbaiki dalam memberi kesedaran menukar ekosistem, memberi satu reformation structure dalam menuju value system negara.

Oleh yang demikian, kita sebagai warganegara Malaysia perlu merasakan hidup yang harmoni, sihat dan bahagia tanpa rasuah dalam diri, keluarga dan masyarakat yang mana di belakangnya ada kepemimpinan dan badan-badan yang memerangi rasuah secara serius serta berterusan dengan menerapkan nilai-nilai kehormatan juga integriti.

Bagi mencapai keputusan yang diinginkan seperti itu memerlukan perjuangan. Maka, ayuhlah kita bersama-sama berjuang untuk masa depan anak-anak dan generasi dengan sasaran mensifarkan rasuah dalam kalangan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Negara harmoni tanpa rasuah.

https://ikram.org.my/berita/artikel/item/4376-ini-serius-bukan-main-main.html?fbclid=IwAR0B9G4EnczmXlXV_rvu1AYLVVRcTkpl-js9-5p9uXGspB4ec9OCHwKvzS4

Syarikat Mr DIY Group (M) Bhd.

No photo description available.

DUA orang beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei yang memiliki syarikat Mr DIY Group (M) Bhd, kini tersenarai antara hartawan terkaya tahun ini oleh majalah antarabangsa Forbes.Nak tahu harta depa berapa? Masing-masing dianggarkan memiliki harta bernilai AS$1.8 bilion (RM7.43 bilion) dan AS$1.1 bilion (RM4.54 bilion)!Yu Yeh bukan ada ijazah perniagaan pun, dia belajar fizik kat Universiti Malaya manakala Yu Wei belajar pengurusan kat USM.Asalnya mereka buka kedai kat Jalan Tuanku Abdul Rahman je pada Julai 2006. Buruk je kedai tu, tipikal kedai hardware.Tetapi dari sebuah kedai kecil itu, kini depa dah buka lebih 700 buah cawangan di Malaysia, Thailand dan Brunei dengan pelanggan yang datang lebih 80 juta orang setahun, gila!Konsep depa mudah je, sekali korang masuk kedai depa, korang pasti akan dapat cari apa saja barang yang korang nak guna dalam rumah korang.Setiap bulan, depa akan import lebih 200 kontena barang-barang perkakasan rumah dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam bawa masuk ke Malaysia, senang-senang je.Kat Mr. DIY, ada lebih 20,000 produk yang tergolong dalam sembilan kategori, pilih je korang nak apa.Sekarang ni mereka buat kerjasama dengan Tesco, Aeon dengan Giant pulak…mana-mana mall di bawah tiga syarikat tu , adalah Mr. DIY menyelit kat situ.Jadi bila Yu Yeh dengan Yu Wei termasuk dalam senarai Forbes tu, kita kat rumah tak perlulah terkejut sangat.Di saat kita dok bergaduh dan bertekak pasal siapa nak jadi kerajaan, bila nak pilihan raya dan pasal apa Neelofa boleh gi honeymoon kat Langkawi, dua beradik ni senyum je tengok duit masuk dalam kantung mereka berdua

Sindiket kartel projek: Patriot mahu kerajaan siasat rasuah dalam pentadbiran awam

Sindiket kartel projek: Patriot mahu kerajaan siasat rasuah dalam pentadbiran awam

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengakui terkejut dengan keadaan korupsi dalam negara yang boleh dikatakan telah bertapak di hampir setiap kementerian susulan penahanan tujuh individu yang didakwa terlibat dalam sindiket kartel projek berjumlah RM3.8 bilion.

Presidennya, Datuk Mohd Arshad Raji menyatakan gesaannya agar Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha Kementerian dalam kerajaan untuk segera mengkaji semula tadbir urus pemberian tender projek

Beliau berkata, kerajaan perlu menggunakan prosedur semak dan imbang untuk memastikan amalan rasuah yang merosakkan dalam pentadbiran awam dapat dicegah.

“Patriot memuji SPRM kerana menangkap pemimpin kartel projek itu. Pasti ada siasatan yang mendalam untuk sampai ke akar umbi dalam permasalahan serius ini.

“Sesuatu yang tidak betul telah berlaku dalam pentadbiran awam dan pengurusan tender projek.

“Setiap orang yang terlibat sebagai rakan konspirasi dan rakan sekerja juga mesti dibawa ke pengadilan. Sebahagian daripada suspek mungkin mempunyai darjah kehormat (seperti Datuk),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad berkata, hanya apabila punca permulaan rasuah itu dapat dikesan termasuk membabitkan individu-individu yang memegang jawatan politik tertinggi, pembinaan negara yang terurus dapat dimulakan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan reman tujuh individu berhubung sindiket kartel projek yang dikatakan telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Pada masa sama, sindiket ini dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ untuk memastikan syarikat-syarikat di bawah ‘kawalannya’ dibenarkan masuk tender atau sebut harga dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.

Sementara itu Mohamed Arshad berkata, pmberian begitu banyak projek kerajaan kepada satu entiti tunggal, bermakna kontraktor lain yang layak telah dipinggirkan.

“Juga, pembahagian kekayaan dan peluang pekerjaan yang adil kepada kumpulan yang lebih luas telah disabotaj.  Itu juga menghina Wawasan Kemakmuran Bersama negara kita,” katanya lagi.

Kenapa senyap kaitan Zeti, Nazir dalam skandal 1MDB, soal Anwar

May be an image of 2 people and text that says '2 FREEMALAYSIATODAY.COM Kenapa senyap kaitan Zeti, Nazir dalam skandal 1MDB, soal Anwar'

Kenapa senyap kaitan Zeti, Nazir dalam skandal 1MDB, soal Anwar

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bimbang kekurangan usaha kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara ekoran penglibatan beberapa pegawai bank berpangkat tinggi dalam siasatan skandal 1MDB.

Katanya, pelabur dan institusi perbankan domestik serta antarabangsa meragui reputasi dan kemampuan Malaysia akibat laporan tersebut.

“Ini akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi kita yang telah tersedia parah kerana sikap dan kelaku kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia belum memberi penjelasan mengenai dakwaan penglibatan bekas gabenornya, Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB.

Suaminya, Tawfiq Ayman, baru-baru ini dilaporkan disiasat berhubung pengubahan wang haram kerana didakwa memindahkan dana daripada akaun yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, ke sebuah akaun bank di Singapura.

Anwar juga mendapati laporan terbaru mengenai penyelesaian global melibatkan AMMB Holdings Bhd, yang bersetuju membayar RM2.83 bilion bagi semua tindakan dan tuntutan tertunggak berhubung penglibatan Kumpulan AmBank dalam 1MDB.

“Sehingga hari ini, rakyat masih belum tahu tentang salah laku AmBank dalam kes 1MDB.”

Anwar berkata, pegawai bank berpangkat tinggi yang terlibat dengan skandal 1MDB, Nazir Razak turut dilantik sebagai pengerusi Bank Pembangunan, yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Tahun lalu, Nazir, adik bekas perdana menteri Najib Razak yang juga bekas pengerusi CIMB, antara 80 individu dan entiti yang diberi notis kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan semula dana 1MDB berjumlah RM420 juta.

Anwar berkata, Nazir juga berhasrat memperoleh saham dalam usaha pengumpulan dana Ambank melalui sebuah syarikat ekuiti swasta di Singapura, selepas bank itu menerusi pemfailan bursa mengumumkan ia menyasarkan RM810 juta dikumpulkan melalui penempatan swasta.

Susulan itu, katanya, masyarakat umum ingin tahu sama ada BNM sudah melakukan penelitian munasabah bagi memastikan transaksi itu mengikut piawaian ketat dan beretika. See Less

285Hairul Sahak, Akabiby Akabib and 283 others12 Comments24 SharesLikeCommentShare

Comments

Most Relevant

Hamzah Zainuddin diingatkan jangan ganggu kerja KPN

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin digesa tidak mencampuri urusan Ketua Polis Negara berhubung pertukaran dan tugas angggota kanan PDRM.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, Hamzah Zainuddin tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apatah lagi untuk menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador.

“Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan Darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara,” kata beliau.

Bahkan katanya, keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “ Control and Command” PDRM terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Baru-baru ini, Hamid Bador telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil Kartel di dalam polis yang telah menjejaskan integriti PDRM .

Pada hari ini pula beliau dilaporkan telah mendedahkan bahawa dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.

Menurut Hamid jumlah rampasan dadah oleh Polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.

Malaysia juga dilaporkan telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.

“Saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta Ketua Polis Negara menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis,”katanya.

Justeru Hassan menegaskan Ketua Polis Negara mesti diberi ruang dan sokongan semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.

Dilaporkan Hamid Bador akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Menurut Hamid pertemuan itu adalah susulan daripada dakwaan wujud campur tangan menteri yang memberi arahan menangguhkan pelantikan Ketua Polis seperti tular dalam media sosial sejak semalam.